Sunday, December 14, 2008

BALIK BANDAR!!!






Jumaat 12/12/2008, adalah hari terakhir team USJ 2berada di Kedai Piah. Team Taman Rakan telah bertolak pada 10/12/2008 (Rabu). Maka sedihlah Tok Ayah dan Tok Mek dengan kembalinya cucu-cucunya seramai 8 orang ke Kuala Lumpur.

Disertakan gambar gambar semasa Team USJ mengemas untuk bertolak balik ke USJ

Monday, December 8, 2008

KHATAM AL QURAN IZZATI






Assalamualaikum

Pada 09/12/2008 (Selasa) sekitar jam 12.00 tengahari, diadakan di rumah Ayah@Mek majlis Khatam Quran untuk Izzati. Jemputan seramai 10 orang hadir untuk merai, memeriahkan dan seterusnya menyempurnakan Majlis ini dengan di ketuai oleh Pak Cik Kob (Tok Imam Kob). Dengan bertudung pink dan berbaju kuning/pink ditemani oleh Mamanya, kakak2 serta abangnya. Majlis ini disempurnakan sekitar jam 12:35 tengahari dan disusuli dengan jamuan makan tengahari.

Wassalam

Sunday, December 7, 2008

Raya Haji @ Qurban 2008











Hari ini Isnin 08 Disember 2008, semua umat Islam di dunia menyambut Hari Raya Haji @ Qurban @ Aidil Adha.

Tak lupa keluarga kami di Kedai Piah semua berkumpul iaitu seramai 23 orang berkumpul pada pagi pagi lagi bersama-sama menunaikan sembahyang sunat Raya di Madrasah Kedai Piah dan juga ada di Mesjid Lundang Paku.

Sekitar jam 9.45 pagi, semua ahli keluarga berkumpul termasuk ahli ahli Qurban untuk menunaikan sunat Qurban dengan menyembelih 2 ekor lembu ayah... Alhamdulillah dengan kerjasama yang terjalin tepat jam 12.00 th, semua kerja sembelih, melapah dan mencuci diselesaikan. Pada jam 12.10 semua menjamu selera dengan hasil Qurban

Ahli Ahli Qurban adalah
  • Kak Dah @ Faridah @ Mama - 2 bahagian
  • Kak Sah @ Napisah @ Che Sah
  • Tok Mek @ Mek
  • Kak Milah
  • Cigu Dene &
  • Arshad
Manakala seekor lagi adalah
  • Mariam
  • Mamat
  • Mak Cik Limah
  • Abg Hassan
  • Mak Cik Fatmah
  • Mak Yah
  • Senani
Semoga tahun depan, panjang umur, murah rezeki kita berjumpa lagi didalam suasana yang sama dan semoga lebih meriah.

Wassalam

Saturday, December 6, 2008

Permulaan


Assalamaualaikum...

Pagi ini Ahad (07/12/2008) pada jam 6.30 pagi web blog dengan tajuk my Kedai Piah Famili diwujudkan,,, tak lain dan tak bukan untuk menjadikan penghubung antara Kedai Piah, Kg Buloh Poh, USJ 2 dan Taman Rakan

Wassalam