Friday, January 2, 2009

TAHUN 1430 H & 2009 M











Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat tahun Baru Masihi 2009.

Kedatangan kedua-dua versi tahun baru ini, disambut dengan hujan yang tidak henti semenjak 3 hari yang lalu. Dan pada hari ini 03/01/2009, daripada jam 12:00 malam tadi sehingga jam 8:00 pagi ini, stesen bacaan hujan Jeti Kastam mencatatkan 42 mm untuk 8 jam, dan jika keadaan ini berterusan, hujan harian ialah 125 mm!!! Iaitu sekali dalam masa 5 tahun!!!

Stesen bacaan hujan Kusial mencatatkan 84 mm untuk 8 jam, dan jika keadaan ini berterusan, hujan harian ialah 250 mm!!! Iaitu sekali dalam masa 15 tahun!!! Pada hari Khamis 01/01/08 juga. didapati keadaan angin di Pantai Mek Mas PCB, Bachok sudah mula luar daripad biasa.

Kali ini juga Tok Ali ( Atok Ikah) terpaksa ditahan di HUSM kerana keuzuran berkaitan dengan sejarah kesihatannya. Mula ditahan 29/12. Manakala Kak Ngah Bukit Abal pula, menunjukkan peningkatan yang baik pada kandungan gula dalam darah, urea dalam air serta lukanya di leher. Mula dicharge pada 31/12/2009.

Disertakan juga keadaan air disekeliling rumah pada hari ini.

Wassalam